Purple Bow Tie

Thursday, 20 June 2013

kematian tidak dijangka

Assalamualaikum ..

tajuk malam ni mesti nampak scary kan ? scary tak scary . itulah yang akan terjadi , kita sebagai manusia 
tidak tahu bile akan berlaku . hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu bila . sedarkah kita sebagai manusia yang sentiasa leka dengan duniawi , tentang kematian ? cukupkah amalan kita didunia ini untuk dibawa ke akhirat kelak ? 
semua itu menjadi persoalan dan tanda tanya di dalam ingatan ku .
Sekarang ni banyak berita tentang kematian . tidak kira yang tua mahupun muda . . Allah s.w.t. TIDAK pernah berfirman.. " orang muda TAKKAN mati ". dan ada juga pepatah mengatakan "death doesn't count time , age and place . we can't escape that time to death as we escaped ourself from all the problem and people " kematian tidak akan dijangka . dan aku sebagai hamba Allah s.w.t tidak tahu bila ajalku akan tiba . yang boleh aku katakan ajal , maut , jodoh semuanya di tangan Allah s.w.t . Kita sebagai manusia hanya perlu melaksanakan perintah Allah s.w.t . kita hidup di dunia ini  hanya sementara . Allah hanya pinjam kan dunia ini hanya untuk seketika sahaja , tiba masanya Allah s.w.t akan tarik semuanya . perbanyakanlah melakukan ibadat . dan ia juga peringatan buat diriku yang masih perlu di ubah .

Antara perkara perkara yang perlu kita hindari yang menyebabkan diazab di dalam kubur :
  • melaga-lagakan (mengadu domba ) dan mengampu
  • solat tanpa bersuci
  • melalaikan dan malas mengerjakan solat
  • menfitnah sesama umat islam
  • mencaci sahabat Rasulullah S.A.W


menurut Ibnu Qayyim rahimullah ade menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari seksa kubur , antaranya 
  • sentiasa mengingatkan diri di jalan Allah s.w.t.
  • Mati syahid di jalan Allah
  • Membaca surah Al-Mulk
  • Meninggal kerana sakit perut
  • meninggal dunia pada hari jumaat

No comments:

Post a Comment