Purple Bow Tie

Saturday, 12 July 2014

come back ..

Assalamualaikum to all blog readers and happy fasting
Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogger , akhirnya diri ini kembali untuk kembali aktif .. InsyaAllah :)
.. Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan pada tahun ini , kali ini agak berbeza sedikit menyambut ramadhan . Setelah 3 tahun duduk di bumi dungun dan akhirnya kali ini aku dapat menyambut ramadhan bersama keluarga tersayang . Bercakap soal bulan Ramadhan pada tahun ini , banyak berita-berita sedih yang kita dengar dan amat menyentuh perasaan semua orang .. Antaranya
  1. Pemergian kawan baik  aku iaitu arwah azurawanie,21(02.07.2014,6.30 petang) . yang terlibat dengan kemalangan motorsikal arah terbabas .
  2. Berita tentang pemergian biduanita Negara , Almarhum Datuk Syarifah Aini yang kembali kerahmatullah pada 05.07.2014 ,1.30 pagi 
  3. Pemergian anak Linda Rafar pelakon dan penyayi kumpulan Ellite iaitu memen yang kembali kerahmatullah pada 05.07.2014 , 6.30 petang
dan baru-baru ini berita yang amat menyedihkan sekali adalah berita tentang saudara kita di Palestin, Ya Allah .. sedih hati aku melihat mereka  di sana , setiap hari pasti ada kematian , bukan sorang dua tapi beratus-ratus orang terkorban di sana . Allahuakhbar .. pilu hati ini melihat dan mendengar berita keganasan orang israel. Kita sebagai rakyat Malaysia , berdoa agar bumi Palestin diberi kehidupan yang aman dan memberikan sumbangan kepada mereka .. 


No comments:

Post a Comment