Purple Bow Tie

Friday, 4 March 2016

2016

Assalamualaikum dan hai  :) .. 

Rasa macam dah lama je tak update blog .. hmm tapi memang dah lama tak update blog , huu .. confident untuk menulis dekat blog tu tak ade .. Alhamdulillah .. diri ini masih di beri kesempatan untuk menikmati kehidupan di dunia dan kini umur ku sudah meningkat 23 tahun . Sekarang aku sambung belajar sebagai pelajar ijazah sarjana muda komputer sains(kepujian) pengkomputeran multimedia ( Bachelor of Computer Science(Hons) Multimedia Computing ) di UiTM Jasin , Melaka.

 Semakin tinggi peringkat pembelajaran , semakin mencabar untuk kite mengharunginya . Pelbagai perasaan yang ada , sedih , gembira , kecewa , geram , kecik hati .. semua tu pasti ada ,. Sem lepas , sem yang boleh di kategori kan mencabar jugak . Sem yang banyak projek yang kena buat . group projek yang terumbang ambing . tapi alhamdulillah . semua tu dapat di harungi dengan berkat kesabaran ,. Kalau ikutkan hati , nak je quit .. tapi bila di fikirkan balik . ini penentu masa depan sendiri . Alhamdulillah .. aku lulus semua subjek untuk sem lepas .... TAPI TAPI TAPI .. sem 5 bakal mencabar . sebab sem 5 pelajar ijazah mula untuk buat proposal fyp . fyp stands for Final Year Projek dan wajib ambik untuk semua pelajar ijazah .,. hmm dia seakan teasis macam tu la kot . huu .. 

Tajuk untuk fyp aku adalah Gamified FYP Evaluation System . Dimana aku kena buat system yang di dalam system tu ade game .. aku pun tak berapa nak pasti sebab tajuk tu tajuk daripada pensyarah . sbb tajuk aku sebelum ni kena reject sebab tak sesuai .. huu , memang tertekan sbb semua persiapan untuk buat system tu dah ready tapi bila jumpa dengan pensyarah . pensyarah kata tak sesuai . frust jugak la .. rasa macan nak give up . dan aku decide untuk amek tajuk daripada pensyarah aku , walaupun tajuk tu agak menggerunkan tapi aku cabar diri ini untuk ambil tajuk tu untuk tajuk fyp . InsyaAllah , aku berharap dapat buat dengan jayanya sehingga sem 6 . amin ...



p/s kepada adik2 yang baru dapat result SPM semalam , akak harap , awak semua pilih course yang awak minat k . Jika result tak berapa cantik , awak pilih course yang sesuai dengan result awak k . akak cakap macm tu sebab dulu result spm akak tak cantik dan akak tak ada pilihan lain , akak terpaksa korbankan course yang akak minat , dan alhamdulillah akak dapat course sains komputer dan sekarang akak sambung course multimedia pula .. yang penting korang semua jangan putus asa . :)


No comments:

Post a Comment